TEMUDUGA
Baiklah, macam tajuk kat atas tu. Yer memang post kali akan bercerita berkenaan temuduga yang semestinya aku yang pergi bukan orang lain.
Pertama sekali, mestilah tahu temuduga apakan? Takkan lah tiba-tiba temuduga jer. Okeylah, sebenarnya, post kali ni Azalea nak cerita pasal pengalaman di interview oleh pihak UKM untuk course Sains Pemakanan.
Nak kata Azalea berjaya gilang-gemilangnya taklah, tapi cuma nak kongsi pengalaman supaya adik-adik ni rasa semangat sikit nak pergi temuduga. Tak delah rasa macam tak prepare langsungkan.
Jadinya, pertama sekali Azalea nak bagitau yang temuduga Azalea ni secara online dan Azalea tak perlu pergi pun ke fakulti sains kesihatan UKM kat KL sana. Mungkin faktor sebab lepas COVID-19 kea,atau apa-apa jelah. Azalea pon tak tahu dan ikut jelah kan😗.
So, sebelum temuduga mesti buat persediaan dulu. Mestilah, kalau tak baik tak payah pergi temuduga terus kalau pergi semata-mata nak cakap Assalamualaikum kat panel penemuduga tukan. Jadinya, Azalea yang kerdil ni pun buatlah persediaan seperti orang lain.
Antara persediaannya, first Azalea google pasal Sains Pemakanan. Sebab, mestilah tahu kita ni mohon apakan. Barulah nampak kredibiliti dan nampak macam berminat nak mohon walaupun mungkin mohon sebab mak suruh😛. Selepas tu pulak, Azalea google jugak pasal apa beza pegawai sains pemakanan dan dietition. Tolonglah, ni memang soalan killer, please google kepada yang bakal ditemuduga. Azalea rasa soalan ni memang dia tanya dekat semua orang yang dia temuduga hari tu. Selain daripada tu, Azalea pun google pasal UKM sebab dah nak masuk UKM kan, kenalah tahu serba sedikit pasal dia walaupun pada akhirnya, panel tu tak tanya pun, but as a preparation buat jelah. Sekurang-kurangnya dapat ilmu barukan.
Okey, now masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pengalaman di hari kejadian😅.
Like, tak de yang istimewa sangat pun, Azalea interview sorang-sorang kat rumah waktu tu sebab adik ada kat sekolah and parents pon ape lagi mestilah keluar bekerja. But, sebagai anak yang baik dan solehah. AHAHAHAHAHAAH. Azalea pun mintaklah doa dan nasihat daripada mak Azalea sebelum dia pergi kerja. Walaupun mak Azalea tak delah tahu sangat pasal benda yang Azalea mohon ni tapi, keberkatan tu yang penting. HA,,,, highlight sikit. KEBERKATAN. Lepas tu, macam orang lain Azalea pon masuk la dalam zoom meeting tu. Azalea rasa memang UKM pakai zoom sebab bila Azalea tanya kawan-kawan Azalea yang temuduga dengan UKM pon pakai zoom. Ha,, part ni yang sakit sikit, Azalea ingat masuk-masuk tu dia akan interview lah kan after menunggu mungkin untuk 5 hingga ke 10 minit. But, tak kawan-kawan. Azalea tunggu 2 jam yer.HAHAHAAHAHA. Naik lenguh pinggang tunggu kene panggil temuduga😓.
Okey, macam biasa. Masuk-masuk Azalea perkenalkan diri dan latar belakang. Peringatan, tolong la cerita pasal diri yang berkait dengan bidang yang kita mohon. Macam Azalea, bila mohon Sains Pemakanan ni ceritalah yang Azalea suka join program kemasyarakatan dan sebagainya sebab program Sains Pemakanan ni antara bidang kerjanya nanti akan jadi pegawai sains pemakanan. So, of course lah memang akan perlu jumpa masyarakat dan komuniti. Janganlah pulak cerita pasal saya suka memancing tepi sungai sambil melamun pulak. Ceritalah apa-apa sahaja pasal diri yang boleh dikaitkan dengan sesuatu yang boleh dikreditkan kepada diri. Contoh dia macam, boleh cerita pasal kita mungkin berkawan dengan seorang pegawai sains pemakanan ke, and dari situ boleh cerita yang kita dapat lebih maklumat tentang program yang kita mohon daripada kawan kita ni. Okey, biasenyalahh... ni pendapat Azalea jelah kan. Panel memang akan tanya berdasarkan apa yang kita cerita. Macam Azalea, sebab Azalea cerita yang Azalea ada bercita-cita untuk jadi pegawai sains pemakanan. Panel pun tanya Azalea apa beza pegawai sains pemakanan dan dietition kat Azalea. Okey, bila dah masuk tengah temuduga dia keluar dah soalan-soalan mencabar dia. Panel tanya Azalea pasal hidangan makanan yang Azalea boleh cadangkan pada panel and kebolehan apa yang istimewa pada Azalea. Hurm, Azalea apa lagi goreng jelahh😂😂. Goreng-goreng pun ingat jangan sampai hangus. Pastikan isi yang kita lontarkan tu masuk dek akal jugak lahhh. And, last but not least. Perhatian kepada sesiapa yang letak dekat UPU dia course tersebut bukanlah pilihan pertama. Bersiap sedialah untuk jawab kenapa course yang ditemuduga ni bukan pilihan yang pertama. Make sure jawapan nanti masuk akal and tidak terlalu general. So, nasihat Azalea korang jujur jer. Tapi, pastikan jawapan tu sopan dan tunjukkan kesungguhan bahawa walaupun pilihan tu duduknya di nombor 2,3 atau 4. Kita akan tetap buat yang terbaik sekiranya dipilih. Baiklah, rasanya sampai sini jer kot apa yang Azalea boleh kongsi dengan korang semua.
Takpa, jangan risau sangat. In syaa Allah, kalau memang dah tertulis sesuatu tu rezeki kita. Mesti kita dapat punya. Goodluck semua yang bakal ditemuduga💖. Azalea doakan korang semua boleh jawab dengan baik dan lancar. Yang paling penting bahasa tubuh dan keikhlasan kita dalam menjawab soalan. Sebab, Azalea yakin kalau kita ikhlas ikut temuduga tu dan jawab soalan dengan baik, panel tu mesti akan nampak kesungguhan kita. So, have faith in yourself and just go. In syaa Allah, tiada yang akan dikesali selepas habis temuduga.
Ulasan
Catat Ulasan