Matrikulasi dihatiku

 Ha, tengok tajuk pon tahu dah rasanya Azalea nak cerita pasal apa hari ni. Actually, mungkin agak terlambat untuk Azalea bercerita tentang pengalaman manis dan pahit Azalea di matriks ni. Yelah, dah berbulan-bulan dah keluar dari matriks baru sekarang nak cerita. Tapi tak pa, In shaa Allah semua yang best-best, semua Azalea ingat lagi.

Okey, tak sabar nak cerita ni. HAHAHAAHAHAHAA. Firstly, macam mana sebenarnya Azalea boleh masuk matriks nikan? Sebenarnya, biasalah Azalea yang tak adalah bercita-cita besar ni tak tahu pun nak sambung mana lepas SPM jadinya ikut lah kawan-kawan apply matriks, apply asasi, apply IPG. Segala macam apply lahh. Memang fikir time tu nak masuk something jer lepas SPM sebab tak nak lah terus kerja lepas SPM kan. Sebab kenapa, sebab boleh dikk.. Joke, joke. Sebab kalau kita ada peluang untuk sambung belajar, bukan kah lebih baik kita sambung. Peluang bukan datang berkali-kali. Hidup pun sekali jer.

Okey, apply punya apply, dapat lahh. Actually, sebab IPG tolak kita, tu yang dapat matriks tu. Memang broken habis jugak lah time tu sebab teringin nak sambung legasi keluarga masuk IPG ikut jejak langkah bapa. Tapi nak buat cam manakan. Allah dah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Memang mula-mula masuk tu fikir nak cepat habis jer sebab takut, and tak de pon yang rapat masuk sekali matriks tu. By the way, saya alumni matriks pahang. Ha,, siapa yang dapat matriks tu boleh la komen-komen sikit kat bawah. Boleh la kita gosip-gosip sikit👀. Mula-mula masuk memang blur and fikir yang matriks ni macam asrama jer. Rupa-rupanya tak. Berbeza dan actually sangat best kalau kita jumpa circle yang baik dan sempoi. MasyaAllah, Azalea bersyukur sangat jumpa classsmates Azalea. A very big applause for 11DSH42 batch 2023. Korang semua memang terbaik. Sangat sempoi, supportive and paling penting baik gila. Aktiviti kat matriks pon best-best tau. Ada KAKOM, karnival kerjaya, festival aktiviti kelas. Ikutlah apa korang suka buat. Masuklah ikut suka hati anda. Tiada paksaan untuk yang tidak mahu bersukan untuk bersukan. Siapa nak berniaga boleh. Belajar menganjurkan aktiviti boleh. Jadi guru muda pun boleh. By the way, saya ex PAL Leader, jadilah. Seronok dapat ajar orang, tapi tak seronoklah bila kena buat laporan😄. Pensyarah-pensyarah kat sini pun baik sangat-sangat. Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi Azalea rasa A yang Azalea dapat tu memang hasil tunjuk ajar pensyarah Azalea yang tak pernah putus asa ajar Azalea. Lagi-lagi pensyarah fizik Azalea yang sangat-sangat berdedikasi. Semangat dia sangat Azalea suka dan jadikan contoh. Kalau boleh Azalea nak jadi seperti Madam Azlina suatu hari nanti. Menjadi seorang yang bekerjaya dan menginspirasikan orang lain untuk turut berjaya juga. Azalea memang tak kan lupa betapa berbekasnya apa yang madam Azlina pernah cakap dalam kelas. Azalea yang tak suka fizik pun jadi semangat untuk datang cubic jumpa madam untuk fahamkan fizik. Thank you again to all of my lecturers in matriks pahang. Azalea doakan mereka semua diberikan kesihatan yang panjang dan semangat yang tak pernah luput untuk terus mendidik anak bangsa dan menginspirasikan lebih ramai insan untuk benar-benar menjadi manusia.

Pesan Azalea untuk yang bakal masuk matriks, jadilah seorang pelajar yang baik dengan orang lain, In shaa Allah, orang yang baik-baik datang kat kita. Be supportive towards each other, kawan dengan semua orang tapi kalau kawan yang bawa pengaruh buruk tu janganlah ikut. Bring yourself foward. Cuba berinteraksi dengan kawan kelas sebab mostly aktiviti kita akan buat dengan mereka. Jadilah rajin. Tutorial buat, past year buat, datang cubical. Pensyarah tak pernah marah, tapi mesej lah dulu. Kitakan orang melayu, adat dan tatasusila tu pastikan ada. Mulakan dari awal sem, sebab matriks ni singkat sangat. Sedar-sedar nak final dah. Cubalah benda baharu, In shaa Allah kawan-kawan dan family akan support dari belakang. After all, enjoy every moments of you there. Tahniah sebab berjaya ke matrikulasi kerana bukan semua terpilih untuk "embark this journey". You are the chosen one👏.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMUDUGA